Wednesday, June 1, 2016

Bila Kadang-kadang Rasa Down...

I guess i've reach my limits
Sekarang ni selalu rasa macam nak breakdown and cry jek
Penat sangat dengan semua ni... dengan keadaan ni
Makin hari makin rasa tak sabar
Hati dihimpit dengan macam-macam rasa
Penat bekerja/berada dalam keadaan yang macam ni
Stress and blood pressure selalu naik
Migraine pun sama... selalu menjenguk

Tapi....
Siapakah yang akan faham...?

#SampaiBila
#HatiMenangisSendiri
#TakkanAdaYgMemahami

Nota Tapak Kaki : Bagaimana seorang Jeneral yang tidak percayakan askar-askarnya nak bawak askar-askarnya pergi berperang...?

Tuesday, May 31, 2016

Yang Mencintakanmu Dalam Bisu

Aku tak pandai bercinta
Aku tak indah bicara
Hanya manusia
Yang mengagumimu
Walau takkan
Pernah kumiliki
Aku ada didepan mata
Aku tetap selalu ada
Aku manusia
Yang mencintakanmu 
Dalam bisu
Bersendiri aku
Dengan nafas ini
Ku aturkan langkah
Menuju dirimu
Walau ku sedari
Rasa ini tak mungkin
Kan kau mengerti
Selamanya
Ku dikoyak waktu
Dengan nafas ini
Ku aturkan langkah
Menuju dirimu
Walau ku sedari
Rasa ini tak mungkin
Kan kau mengerti
Selamanya
Ku dikoyak waktu
Selamanya
Selamanya
Ku dikoyak waktu

Sunday, May 29, 2016

Bukan pertanyaan


ada yang bertanya kenapa jadi sekeras ini. benci sangatkah? 

sebenarnya ini bukan soal benci atau suka. cinta atau sayang. 

bila dah berkali-kali melalui tempoh yang memeritkan. berkali-kali melalui jalan yang sama. hati menjadi bosan. lalu kosong dan terus kering.

mati.

dan terus mati.

dan mendoakan kau bahagia.


Kau Yg Disana...

Ikutkan rasa
Mau dihambur rasa marah
Ikutkan hati
Sakit ini tak terluahkan

Yg termampu
Yg terdaya
Cuma airmata yg menghiasi pipi
Disulami sendu

Sedangkan kau
Masih galak memerli
Mengumumkan pada dunia
Dalam gelak, dalam tawa

Seronok bukan
Sangat bahagia bagimu

Sedangkan aku yg menanggung sengsara
Senyum dalam terpaksa
Berbelas tahun membawa luka
Akhir yang begini yang kuterima

Terima kasih.




Sunday, March 30, 2014

Kulit Yg Tak Pernah Lupakan Kacang

Penat!

Sedih melihat mama jadi begitu
Dilayan sebegitu
Walaupun sedaya upaya menyembunyikan perasaan
Tapi aku tau
Aku dapat rasa
Tatkala suaranya berubah alunan

Manusia...
Kenapalah kau mudah lupakan budi
Bila susah kau hulurkan leher kepadanya
Tapi bila dah senang...

Aku cuma mengenangkan airmuka ibuku
Kalau tidak... harus bernanah telingamu kumaki

Ini janjiku...
Kali terakhir and no more after this

Tak usah lagi kau buat muka gula-gula didepanku...
Aku meluat, aku benci!

Wednesday, January 8, 2014

Luluh

Tidakkah dia tau
Bagaimana aku mencintai dia
Dirinya tak pernah hilang dari doa-doaku kepadaNya
Tak pernah walau sesaat aku tidak mengingati dia
Tidakkah dia faham
Bagaimana beratnya perasaan ini
Dia hanya dia
Dihatiku...

Monday, August 5, 2013

Dia Yang Istimewa

Menjawab persoalan bagaimana boleh bertahan dan menyayangi seperti ini...

She's my bestest friend. The best of the best.

Yg ada momen jatuh bangun bersama,
Tawa tangis berdua,
The one yang kadang2 kau tak perlu ungkap sebarang kata tapi the other person faham isi hati kau

Kalau nak listkan semua memang tak cukuplah
Dan mungkin jugak akan ada yang tertinggal

Thats the beauty of our FRIENDSHIP

Permulaan kami agak kelakar sebenarnya
(ingat tak babe cemana kita boleh start kawan?)

Tapi permulaan yang kelakar tu gave us the real meaning of Friendship
Yang buat kita kenang seumur hidup kita

Berkawan bukan setakat untuk KENAL
Berkawan biarlah untuk BERSAHABAT

Sayang kawan bukan hanya sekadar sayang
Tapi biarlah sayang tu menjadi kasih
Melekat dalam hati
Dan terus mekar berbunga

Belajar memahami yang tiap orang punya ups and downs
Letakkan diri in her shoes
Selami isi hatinya

Sentiasa remind yourself kenapa korang berkawan dulu
Is it because of FUN only?

Tipu kalau kata kami tak pernah bergaduh
I mean dengan mulut laser kami berdua ni???
Hahahaha...

Tapi pergaduhan tu yang mengeratkan kami
Pergaduhan tu yang buat kami lebih rapat

Percaya atau tak
Tiap kali lepas gaduh kami mesti bercakap tak henti2
Macam sepasang kekasih
And thats made the two of us lebih faham diri masing2

Remembering her selalu buat hati ni sebak
Rindu sangat kat dia

Biarlah apa orang nak kata
She's my bestest friend

And i love her til jannah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BABE
Maafkan segala salah silapku

 
tentang aku dan kamu ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates