Sunday, October 25, 2009

i wanna

i wanna remember the moment u've said those words,
i wanna remember the feeling i had then,
i wanna remember the heartbeat,
because
i wanna say i LOVE you too...

Friday, September 18, 2009

cukup berazamkah aku???

rasanya

mungkin dah patut berhenti bermimpi

dan mula menjalani hidup

Tuesday, September 1, 2009

katanya lagi...

katanya
takkan mungkin dilepaskan
sebab hati sudah terlalu sayang

katanya
tak mampu untuk jauh
kerana cinta sudah jatuh dari hati

katanya....

Sunday, August 9, 2009

bila bahagia TAK pernah mungkin ditakdirkan jadi milikku.... 2nd verse

aku tak perlukan emas bergunung
aku tak perlukan berlian melimpah
... aku cuma nak hidup


aku tak inginkan janji-janji manismu
aku tak mimpikan kebahagiaan
... aku cuma nak hidup


jadi,
benarkanlah aku hidup....

Tuesday, August 4, 2009

keadaan hati...

buat masa sekarang aku tiada mood mau update blog ini. semuanya bagaikan membosankan. kosong. blurr. mungkin sebab hati aku.


keadaan hati yang tidak menentu. jiwa makin kacau. kepala makin pening. makin aku elak untuk fikirkannya, makin ia menguasai.


migrain lagi aku...


yer... kamu mungkin nampak aku hepi sekarang. tersenyum dan bergelak ketawa. sebaik mungkin aku cuba sembunyikan kelukaan ini.


tangisku bukan untuk dipersembahkan. sedihku bukan untuk tatapan umum.


bagi yang mengerti... mengerti lah. bagi yang tak, kamu buat-buat saja mengerti. mungkin suatu hari nanti kamu akan lalui benda yang sama.


dalam jatuh, perlu bangun. tapi apakah jatuh ku kali ini tak akan ku bangun lagi. aku pon tatau. jangan dipersoalkan kepada aku buat masa sekarang. aku tiada jawapannya.


apa yang aku tau aku ingin pergi jauh dari sini. jauh dari kenangan. jauh dari hati. jauh dari perasaan. jauh dari kecewa. jauh dari segalanya.

Wednesday, July 29, 2009

pernahkah?

pernahkah
sekali dalam hidupmu
kau merasa penat sangat
untuk meneruskan langkah pun kaki terasa berat
seolah-olah punye beban yang maha berat


pernahkah
kau melalui detik-detik dimana
kau merasa semua yang telah kau lakukan tidak berguna
kau berusaha... dan berusaha... dan berusaha...
dan berusaha lagi hingga kelelahan
tapi tiada yang menghargai usahamu itu


pernahkah
kau merasakan
seolah-olah kau invisible
halimunan
tiada yang perasan akan kehadiranmu
dikeliling mereka


pernahkah
kau merasa kau jatuh
dan terhempas
bagai kaca bertaburan
dan tidak boleh dicantum lagi


pernahkah
kau ingin menangis
merintih pedih
atas kisah duka yang kau lalui
tapi tiada yang sudi mendengarnya


pernahkah.....

Wednesday, July 15, 2009

taman hati

kala gerimis menitis

menghujani hati yang dilanda bencana

menyejukkan kehangatan yang membakar

dari dalam

kala kabus berselubung

menutup segala kekhilafan

yang jelas pada pandangan

mata manusia

kala itulah kau ada

meminjamkan kegembiraan

menghapus kedukaan

menyapu jernih air mata

melukis senyum pada wajah

tiada mampu kubalas

ikhsan yang diberi
 
tentang aku dan kamu ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates