Sunday, March 30, 2014

Kulit Yg Tak Pernah Lupakan Kacang

Penat!

Sedih melihat mama jadi begitu
Dilayan sebegitu
Walaupun sedaya upaya menyembunyikan perasaan
Tapi aku tau
Aku dapat rasa
Tatkala suaranya berubah alunan

Manusia...
Kenapalah kau mudah lupakan budi
Bila susah kau hulurkan leher kepadanya
Tapi bila dah senang...

Aku cuma mengenangkan airmuka ibuku
Kalau tidak... harus bernanah telingamu kumaki

Ini janjiku...
Kali terakhir and no more after this

Tak usah lagi kau buat muka gula-gula didepanku...
Aku meluat, aku benci!

Wednesday, January 8, 2014

Luluh

Tidakkah dia tau
Bagaimana aku mencintai dia
Dirinya tak pernah hilang dari doa-doaku kepadaNya
Tak pernah walau sesaat aku tidak mengingati dia
Tidakkah dia faham
Bagaimana beratnya perasaan ini
Dia hanya dia
Dihatiku...

Monday, August 5, 2013

Dia Yang Istimewa

Menjawab persoalan bagaimana boleh bertahan dan menyayangi seperti ini...

She's my bestest friend. The best of the best.

Yg ada momen jatuh bangun bersama,
Tawa tangis berdua,
The one yang kadang2 kau tak perlu ungkap sebarang kata tapi the other person faham isi hati kau

Kalau nak listkan semua memang tak cukuplah
Dan mungkin jugak akan ada yang tertinggal

Thats the beauty of our FRIENDSHIP

Permulaan kami agak kelakar sebenarnya
(ingat tak babe cemana kita boleh start kawan?)

Tapi permulaan yang kelakar tu gave us the real meaning of Friendship
Yang buat kita kenang seumur hidup kita

Berkawan bukan setakat untuk KENAL
Berkawan biarlah untuk BERSAHABAT

Sayang kawan bukan hanya sekadar sayang
Tapi biarlah sayang tu menjadi kasih
Melekat dalam hati
Dan terus mekar berbunga

Belajar memahami yang tiap orang punya ups and downs
Letakkan diri in her shoes
Selami isi hatinya

Sentiasa remind yourself kenapa korang berkawan dulu
Is it because of FUN only?

Tipu kalau kata kami tak pernah bergaduh
I mean dengan mulut laser kami berdua ni???
Hahahaha...

Tapi pergaduhan tu yang mengeratkan kami
Pergaduhan tu yang buat kami lebih rapat

Percaya atau tak
Tiap kali lepas gaduh kami mesti bercakap tak henti2
Macam sepasang kekasih
And thats made the two of us lebih faham diri masing2

Remembering her selalu buat hati ni sebak
Rindu sangat kat dia

Biarlah apa orang nak kata
She's my bestest friend

And i love her til jannah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BABE
Maafkan segala salah silapku

Sunday, May 12, 2013

Kembali

It's been so long. Rumah sebelah biarkanlah begitu. Lama difikirkan... yang dah sudah tu, sudah lah. Ditinggalkan untuk yang akan datang.

Memandang ke hadapan dengan 'quote' "Awak 5 tahun yang lepas bukan sama dengan awak yang sekarang. It's time to move on"

Dan ya... memandang ke depan...

Thursday, September 20, 2012

perihal rumah sebelah

maaf...

rumah sebelah dikatup sementara
setelah dapat tau ada yang memantau dari sisi sini

owh...

setakat membaca sahaja tidak mengapa
yang aku tak suka bila ada yang gatal mulut mau komen kehidupan lepas aku

sekian...

terima kasih

Tuesday, May 29, 2012

tentang rasa

walau rasa sakit itu tak hilang sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya hati tidak lagi terbeban dengan rasa dendam.

tak lagi rasa tertekan.

rasa lega (sedikit). cuma tiada lagi rasa yang merapu-rapu.

rasa tenang. jiwa rasa kosong. dan sunyi.

sayang tu tetap ada. walau sampai bila-bila.

Monday, May 28, 2012

aku heart kamu

menjengah ke kamar hati
tertanya-tanya apakah isi
masih terkeliru atau tersedu-sedu
atau kah sudah kering dan layu...?

hati oh hati...

 
tentang aku dan kamu ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates